.:5rus Maya STATION 2007 edition:.

Home | My Guestbook | BEEP-BEEP | Life View | At-Tazkir | Inilah 5rus!!! ;)


SELAMAT DATANG SEMUA!

5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus  5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus 5rus  5rus 5rus 5rus 5rus5rus5rus5rus5rus "5rus Terus Menerus" Permulaan Hidup Baru...

Terus Berdiri..
Murid kesayangan cikgu? Hmm...
Bersama murid...


5rus Media Division

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kenalan lama dan baru! Selamat Datang ke laman web 5rus. Laman ini dibina atas usaha untuk menempatkan diri ini di alam siber ataupun alam maya bersama dengan berjuta-juta lagi laman yang ada di dunia ini. Itu namanya jadi “5rus Maya STATION”, MAYA di sini merupakan gambaran seolah-olah ruangan yang telah 5rus cipta di alam siber ini. Jadinya, dengan ada laman web ini, amatlah mudah dan berpatutan untuk 5rus saling mengenali di antara satu sama lain. Nak berkawan, yang penting sekali 5rus fikirkan tentang kenalan yang benar-benar ikhlas dan tak mengambil kesempatan dalam persahabatan…pengalaman banyak mengajar erti kehidupan ini!! 2006 adalah tahun kegembiraan dan juga tahun kedukaan bagi 5rus. Apa-apapun, 2007 ini pula adalah tahun kebangkitan bagi 5rus untuk meneruskan perjalanan kehidupan..syukur kerana 2007 tahun yang penuh dengan reseki-rezeki! Alhamdulillah, SYUKUR YA ALLAH..mungkin selepas 5rus diuji dengan peristiwa HITAM inilah berkat kesabaran selama ini. Semoga ia makin gemilang di masa akan datang!

 

Laman ini dibina di ruangan laman percuma yang dibekalkan oleh Lycos yang berpengkalan di US. Jadi, laman ini selalunya akan muncul bersama dengan iklan-iklan internet yang tidak diingini. Apa-apapun, abaikan sahaja apa yang mengganggu itu dan tumpukan kepada portal rasmi 5rus ini...hehehe. Sekarang ni 5rus dalam proses nak belajar menambah ilmu yang sangat 5rus minati ini, tapi peluang itu tak ada. Ada ‘cikgu’ yang nak kongsi ilmu-ilmu seumpama ini? Mungkin suatu hari nanti 5rus dapat mencipta satu komuniti yang begitu bermakna dan mampu untuk memberi manfaat kepada semua di alam siber ini terutamanya murid-murid 5rus. Mana tahu kan? Hehe. Apa-apapun rezeki yang dikurniakan Allah ini sememangnya patut kita syukuri sangat-sangat. Hakikatnya, laman web tidak begitu popular untuk dijadikan sebagai tempat untuk laman peribadi. Ramai yang begitu teruja untuk menonjokan diri di MySpace, Blogdrive mahupun Blogspot. Berdasarkan perkembangan semasa ini, 5rus tidak ketinggalan sama untuk berkomuniti dalam  Friendster & Blogdrive.

 

Terokai laman ini, dan kenali Mohd Fairus ini dengan lebih dekat bersama ruangan iringan dalam laman ini. Semestinya laman ini mengambil masa untuk dikemaskini memandangkan ianya hanya dibangunkan untuk tujuan peribadi sahaja, walaubagaimanpun..isi kandungan yang dimuatkan sudah mampu untuk memberi gambaran siapa 5rus sebenarnya. Ok, itu sahaja daripada 5rus. Wassalam…

 

5rus Di Sini, Terus Berdiri!

 

“5rus Terus Menerus”

Syukur, rezeki 'orang teraniaya' kot?
Apa-apa pun, kredit tuk abah! Kriss? Ahakzz
5rus dengan EGOnya...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT!

LAMAN INI TELAH DIBUKA SEBANYAK...

Yahoo!

5RUS MYSPACE

Ministry Of Education Malaysia

Universiti Putra Malaysia

5rus BLOG (5rus New View)

LAMAN INI DITAMBAH DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI FLASH. UNTUK PAPARAN SEMPURNA, PASTIKAN KOMPUTER ANDA MEMPUNYAI PERISIAN FLASH PLAYER SEKURANG-KURANGNYA VERSI 4.0 DENGAN PAPARAN 1024X768.

 

© 5rus Media Division 2007